Thursday, October 31, 2013

Review Filem Last Vegas

Untuk filem ni aku bagi 5 bintang. Paling tinggi aku memang akan bagi 5 bintang aje. Tapi bila lepas nengok cerita ni malam tadi aku tanye kat icik abam bape bintang pulak dia nak bagi untuk filem ni terus die cakap 10 bintang! haaa amek kau.. hahhaa
Rating : ★ ★    

Jarang tau icik abam nak bagi bintang banyak camtu. Paling tinggi pun aku pernah tanye dia bagi 4 bintang aje. Bermotif sungguh! hihihi
Bagi aku bukan icik abam aje yang akan bagi 10 bintang untuk filem ni. Tapi for sure ramai lagi penonton-penonton lelaki khususnya yang suka tonton filem ni. Jeng3.. sebab ape aku cakap lelaki khususnya.. konpem-konpem berkait rapat dengan perempuan.. seksi.. dan seangkatan dengannye.. hahahha

Okee laa kalau nak tahu best ke idak cerita ni, korang kenalah nengok sendiri. Filem ni dah berada di pawagam bermula hari ini.
Filem Last Vegas ni adalah sebuah filem kelakar yang menceritakan tentang empat orang sahabat yang sudah berkawan sejak kecil, Billy (Michael Douglas), Paddy (Robert De Niro), Archie (Morgan Freeman) dan Sam (Kevin Kline). Ketika Billy memutuskan untuk menikah dengan gadis berusia 30-an, dia telah merancang untuk mengadakan "Parti Bujang" di Las Vegas bersama dengan kawan-kawan lamanye itu. Setelah berkumpul bersama semula, mereka menyedari bahawa Last Vegas telah berubah dan disitulah persahabatan mereka diuji dengan cara yang tak pernah mereka bayangkan

Untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. Kanak-kanak tadika, yang belum tadika pun tak boleh nengok. Tapi cikgu tadika mungkin boleh.. hihihihi
[Catatan : 5 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, October 30, 2013

Service Nouvo Jumpa Ego

 Haa haaa... kenal tak no plate ni. Okee siyes, nengok-nengok aje motor ni terus rase sedih. Mane taknye, banyak sangat kenangan dengan dia ni. Dari zaman kat UTM sampai laa aku dah kawen, macam-macam suka duka kami kongsi bersama.. Ceh ceh ceh.. hikhik

Ini kisah semalam, icik abam pegi service "MekJah" (MCJ) kat kedai motor yang kami jual ego dulu. Ingat ego dah dijual, rupanye ade lagi kat kedai tu.
 Mase awal-awal jual ego ni dulu, kami puas jugak ulang alik kat kedai ni, saje usha usha dah dijual ke belum. Nengok-nengok tak nampak pun ego merah selalu tu, so bajet konpem dah kene jual la tu.. Tapi rupanye selame ni ego ade aje kat kedai tu.. kami aje yang tak nampak sebab die dah bertukar warna hitam. Lagi pulak semua aksesori ego dia dah tukar. Nampak lain sangat. No plate tu aje yang membuatkan kami kenal ego sekaranng ni. huhuhu
Okee itu aje nak cerita, tapi kan nak bitau, gambar service MekJah tak ade pun, sebab dah sibuk belek si ego ni. Rindu katekan ^^

>>>>> Semua Cerita Pasal Ego<<<<<< Klik Sini
[Catatan : 6000km]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, October 29, 2013

Tayar Pemek

Okee sambil teman icik abam jamming malam ni kat studio, tak ade keje aku update la sikit entri pasal tayar dugong pemek atau dalam bahasa yang semua orang tahu... Pancit! huhuhuhuhu
Ini cerita dah seminggu berlalu. Pasan tayar dah kempis masa pas balik dari keje. Pergi balik keje kami tak naik kete, kami merempit aje, so dugong ni di park kat bawah rumah ajelaa. Dah menjadi kebiasaan, bila balik keje, aku memang suke perhatikan dugong dari jauh. Untuk nengok keadaan dia sihat ke idak. Tapi nengok punye nengok, hari tu nampaknye tayar pulak buat hal. huhuhuhu

Memandangkan kami tak ke mane-mane, so icik abam tukar kan aje tayar yang kempis tu dengan tayar spare dulu. Walaupun tak ke mane-mane tak kan nak biarkan tayar tu camtu je kan. So lebih elokla ditukar dulu. Tukar tayar spare ni keje icik abam sorang aje, aku terus naik rumah..hehe tak membantu langsung! ^^
So hujung minggu lepas, baru sempat pegi kedai tayar
Rupa-rupanya ada benda tersembunyi kat tayar dugong. Ni dia paku yang menjadi penyebab tayar dugong kempis.. huhuhu

Nasib baik cume pancit aje, tampal pastu tukar balik tayar spare dan simpan. Bayar 5 ringgit Setel! hehehhe
Dah setel pasal tayar tak tahu ke mane, nampak Pusat Jualan Toyota kami sesaje menyinggah kejap
Icik abam sesaje try kereta baru.. Ceh, ade niat tu nak yang baru lagi.. Tadelaaa kami sesaje usha-usha. ^^
 
Ni haa adik beradik dugong yang baru. Kereta vios design baru. Memang nampak cantik dan smart ^^

Okee itu aje nak cerita sementara nak tunggu icik abam abes jamming ni haa.. hehhee

[Catatan : Jamming 2 jam]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Pratonton Filem Highland Tower

Malam tadi bertempat di Cathay e-Curve berlangsungnya malam Pratonton Filem Highland Tower yang dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Mikail Andre, Shima Anuar, Adiba Yunus, Atikah Suhaimi, Niezam Zaidi dan ramai lagi
Filem Highland Tower ni adalah dibawah arahan Piere Andre. Seperti semua sedia maklum, Highland Tower merupakan salah satu sejarah hitam yang pernah terjadi di Malaysia. Kejadian ngeri yang berlaku pada tahun 1993 yang membabitkan bangunan kondominium di Ampang yang telah meragut 50 nyawa setelah ianya runtuh akibat hujan lebat dan tanah runtuh. Sehingga kini, tempat tersebut terbiar tak berpenghuni dan seringkali dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik dan menakutkan. Nak dijadikan cerita, ada satu team budak-budak remaja yang dengan beraninya cuba untuk menyingkap misteri di sebalik Highland Tower ini bersama dengan dana yang diberikan oleh pihak MiG, mereka sekumpulan pun pergi ke Highland Tower. Malang tidak berbau, masa mereke pergi ke sana tidak sesuai makanya terjadi lah peristiwa misteri dan menakutkan yang membuatkan ada di antara mereka yang diterima musibah.

Untuk tahu kisah selanjutnya tontonlah filem ini dipawagam berhampiran anda mulai 31 Oktober 2013 ^^
Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Filem ni serious seram, rasenye tak ade sape yang berani nak pergi Highland Tower. Tapi kalau korang nengok filem ni secara automatiknya korang memang dah berada kat Highland Tower. Hohoho. Warning: Sape yang lemah semangat tidak digalakkan untuk tengok cerita ini ^^
Papepun nak ucap tahniah kepada Mig untuk Filem yang ke 84 ini

Seterusnya korang layan jela gambar kami semalam okee ^^
Bersama Niezam Zaidi
 Bersama Shima Anuar
 Bersama Fadlan Hazim
 Bersama Eddy Rauf
 Bersama Azwan Kombos
 Bersama Nad Zainal
 Bersama Nina Iskandar (Brunei)
 Bersama Atikah Suhaimie 
 Bersama Mikail Andre
 Bersama Shah Iskandar
Bersama Adiba Yunus

Malam tadi ramai artis muda yang datang untuk menyokong filem ini antaranya Erin Malik, Arja Lee, Pablo Amirul, Teh Nadira dan ramai lagi ^^

Klik Untuk Lihat Video Kejadian Sebenar Highland Tower
[Catatan : 6 tiket]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, October 23, 2013

Teman Icik Abam Jamming

Okee ini kisah malam tadi, setelah beberapa hari cancel pegi studio, malam tadi jadi jugak icik abam masuk studio
Aku teman icik abam and the geng pegi studio jamming kat Danau Kota
Maafla ye, kesemua gambar icik abam ni aku amek dari belakang. Mane taknye, dah dorang membelakangkan aku, so sambil-sambil dengar dorang "menggoreng" gitar tu aku snap ajelah gambar dorang camtu. kehkehkeh

Okee, kat bawah ni ade beberapa video yang sempat aku record. Semua lagu-lagu ni dorang tengah test n error. Masing-masing tengah hentam kromok. Sape-sape rase nak dengar boleh la nengok video "warm-up" ni hihihih

Lagu Hanya Aku - Hyper Act

Lagu Gerhana - Kembara 
[Catatan : Good luck]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, October 21, 2013

Batu Cincin Telah Ditemui

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Syukur sangat sebab batu cincin yang hilang time raya haji aritu dah jumpe semula. Happy gile aku ^^
Sape yang dah follow IG SinarCintaku mesti dah tahu pasal cerita batu cincin yang dah hilang ni kan. Kalau tak follow kat IG pun konpem ade di antara korang yang dah bace entri sebelum ni yang bertajuk "Kisah Terkorban Sempena AidilAdha 2013"

Okeelaaa korang sure nak tahu kat mane aku jumpe, bila dan macam mana boleh terjumpa batu cincin tu kan... ekekeke
Korang nampak tak batu cincin dalam gambar ni??? haa selame ni die ada kat dalam handbag aku aje rupenye.. hehehe
Pada mulanye aku pun tak bape perasan batu cincin ni, aku godek-godek handbag ni sebab dah tade keje, konon-konon nak la kemas barang-barang yang ada dalam handbag ni. Al-maklumla, sekali sekala suruh icik abam pegang handbag aku, dia komplen aku bawak batu, handbag aku berat katenye. huhuhu

Alaa, perangai aku ni lak selagi bende boleh dimuatkan dan bole diisi dalam handbag ni aku akan sumbat aje. Tu yang berat. Sampai resit-resit yang dah berkurun lame pun ade aje dalam bag tu. tu yang konon-konon nak kemas handbag bagai tu
Tup-tup, nampak macam ade bende berkilau-kilau. Pikir aku time tu batu tudung aje. Al-maklumla, time tu aku pakai tudung bawal, ade pulak batu. So pikir aku mungkin batu tudunglaa kan. 
Tilik punye tilik nampak macam batu lain le pulak. Sebab batu tudung xde pulak bentuk tajam kat bawah die tu
Balik rumah aku amek cincin yang dah hilang batu tu


Pastu aku try kenekan balik kat tempat batu yang hilang tu. Yes!! ngam. So itulaaa batu cincin yang hilang selama ni. Alhamdulillah, kalau dah kate masih rezeki aku mesti jumpa balik kan. Syukur
Jumaat lepas waktu rehatkan panjang, so aku curik mase pegi Poh Kong kat OU kejap nak betulkan batu cincin yang dah tertanggal tu
Amoi kedai tu cakap  memang boleh betulkan tapi kene tinggalkan sebulan. 

 [Catatan : Syukur sangat]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, October 16, 2013

Kisah "Terkorban" Sempena Aidiladha 2013

 Sambungan dari entri sebelum ini. Lepas bawak pokcu pegi Istana Negara, ibu ajak makan kat Burger King pulak. So icik abam bawak kami kat  Burger King Mutiara Damansara.
 Mula-mula tapau aje, pastu pikir-pikir balik baik makan ajelaa kat kedai tu, kang dah sejuk lak kalau nak tunggu sampai ke rumah kan
 So kami pun melepak-ing la kejap. Nengok tu icik abam, duduk dengan keadaan yang sangat tak sopan. Sebenarnye, die saje buat camtu konon-konon dah busan dengan aku yang asek amek gambar aje. hahahhahha, dulik ape kan.. :p
 Sebelum sampai rumah, singgah Tutti Frutti jap, pokcu nak makan eskrem lak ^^

Okee, berbalik pada tajuk konpem korang berkerut muke memikirkan ape laa kaitan cerita-cerita di atas dengan tajuk entri ni kan. hahhaha okee2 maafkan aku.. aku cerita dulu mane aku pergi sebelum berlakunya "kejadian" itu

.

.

.

.

.

.

.


.

 Gambar 1

Okee, dari gambar ni ape yang korang pasan??????? Uwaa
Closed up dari Gambar 1

Haa, gambar ni la yang nak diceritakan dan yang berkaitan dengan tajuk entri. Batu cincin "TERKORBAN" sempena Aidiladha 2013. Okee jom nanges sampai banjir. hukhuk

Aku sendiri tak pasan kat mane hilangnye batu cincin tu, kat opis ke, kat Istana Negara ke, kat Burger King ke Kat Tuttti Frutti  atau kat dalam kerete???.. !@#$%^&*

Dah kat rumah baru perasan batu cincin tu dah hilang.. Alahai, ramai yang suggest beli baru aje, tapi aku takmau. nak yang ini jugak, Ini cincin tunang kami. hukhuk

Rasenye nanti nak kene pegi Poh Kong nak try repair!!! harap-harap bolehlaaaa. Tade mood bila pikirkan batu cincin yang dah hilang ni. hukhuk 

 [Catatan : Poh Kong Sogo]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...